Showing posts with label Masak Sendiri. Show all posts
Showing posts with label Masak Sendiri. Show all posts

Wednesday, 1 February 2017

RESEPI DAGING DENDENG SEDAP MELETOP


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Minta maaf sebab lama dah tak update resepi kat sini akibat kekangan waktu.  Resepi saya olah supaya menjadi lebih mudah dan yang penting hasilnya nanti sedap.  Ini pertama kali saya cuba setelah melihat banyak video resepi di youtube.  Saya dulu selalunya takut nak buat resepi ni sebab bimbang kalau-kalau dagingnya akan jadi keras macam batu bila nak makan.  Tapi setelah saya mencubanya ternyata dagingnya amat sedap, garing dan rangup gilers...

Okay kita straight to the point je la ye..


Bahan-bahan untuk menyediakan daging:-

- Bawang merah
- bawang putih
- Halia
- Lada sulah
-sedikit garam
- Air sevukupnya untuk merebus
-Minyak secukupnya untuk menggoreng


- sedikit biji ketumbar



Tumbuk kesemuanya tapi tak perlu halus sangat


Perapkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi pada daging yang dah dipotong-potong (jangan ikut cara saya potong sebab daging tu sebenarnya saya nak masak resepi lain pada mulanya) Tak perlu perap lama sangat pun tak apa sebab nanti kita nak rebus pula.


Didihkan air yang mencukupi dalam periuk


Masukkan daging yang telah diperap tadi bersama dengan bahan perapan.  Biar hingga empuk.


Bahan-Bahan Sambal:-

- Cili merah
- Bawang merah
- Limau kasturi
- sedikit garam
- sedikit gula
- minyak secukupnya untuk menumis sambal


Tumbuk kasar-kasar bawang merah dan cili merah.


Daging yang sedang direbus.


Daging rebus yang telah ditoskan.


Tumbuk setiap keping daging untuk meleperkannya



Ready untuk digoreng.


Goreng daging yang telah ditumbuk ke dalam minyak panas


Tumis cili dan bawang yang telah ditumbuk tadi ke dalam minyak panas.


Setelah sambal diangkat dari kuali barulah diperah limau kasturi.



Dah siap.. rasanya gerenti sedap dan rangup sekali. Selamat menjamu selera!

Wednesday, 9 December 2015

Resepi Ayam Percik Stail Orang Bujang

Pembaca semua mesti berasa pelik dan ajaib, kenapa saya namakan resepi ini "Resepi Ayam Percik Stail Orang Bujang"?

Senang sahaja jawapannya, pertama bahan-bahan yang mudah didapati, sukatan pun main agak-agak je . Keduanya guna cara panggang yang mudah, maklumlah orang bujang manalah ada kelengkapan memasak seperti dapur arang dan sebagainya.

Cakap banyak pun tak guna mari kita lihat bahan-bahan dan cara-cara menyediakannya.

Bahan-bahannnya:-

6 ketul ayam
santan kelapa secukupnya (agak-agak)
10 tangkai cili kering (direndam dalam air panas)
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia (agak-agak)
serbuk lada hitam
asam keping (sedikit sahaja)
serai di ketuk
garam dan gula secukup rasa
minyak masak


"Blend"kan cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia dengan air secukupnya dan sedikit minyak masak.  Tujuan mencampurkan seidkit minyak masak adalah untuk memudahkan biji cili hancur halus ketika di"blend".



Panaskan sedikit minyak masak.


Tumis bahan-bahan yang di "blend"kan tadi.


Biarkan sehingga pecah minyak atau sehingga cili betul-betul masak.


Masukkan santan dan ayam. Jangan lupa masukkan serai ketuk dan asam keping.  Perlu diingatkan asam keping hanya perlu diletakkan sekejap sahaja, takut masam sangat nanti tak sedap.  Perasakan dengan garam, gula dan sedikit lada hitam. Sesedap rasa masing-masing.


Sementara itu panaskan tempat pemanggang "steak" seperti dibawah dan letak sedikit sahaja minyak masak. Bila ayam sudah separuh masak bolehlah diletakkan di atas pemanggang tersebut seperti gambar dibawah.


Balik-balikkan ayam sambil disiram dengan kuah percik yang kita sediakan tadi.  Jangan lupa kuah percik tadi biarkan sehingga pekat sedikit.  Panggang ayam sehingga garing. Dah siap.. 

Senangkan?  Lepas ini dah tak payah pergi beli dekat pasar malam atau bazar ramadhan dah. Kalau beli seketul ayam percik harganya ialah RM6.00.  Kalau buat sendiri dijamin bersih dan tanpa Ajinomoto.


Sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas.Gerenti sedap. Selamat mencuba.

Monday, 21 April 2014

RESEPI AYAM PERCIK KELANTAN

Resepi ini telah di"share"kan sahabat lama saya, oleh Puan Noorbiha Abdul Hamid.


Bahan-bahan:
bwg merah 5/10 ulas, halia,bawang putih 3 ulas, "chicken whole leg" 3/4 keping, santan pekat, cili kering mesin, kunyit, belacan sikit, 

Cara-caranya:
Rebus ayam dan bawang tadi sampai separuh masak.
Kemudian bakar.
Santan tadi tambah lagi dan bwng merah tambah utk kuah.letak perasa n lada hitam n asam keping.siram atas ayam dua tiga kali masa bakar.hidang dgn kuah tadi.

Monday, 14 April 2014

RESEPI BUTTER CHICKEN

Saya dan keluarga amat menyukai resepi ini setelah mencubanya di sebuah Cafe di Emerald Hill Condo, Bukit Indah ketika berkunjung ke rumah sahabat baik Cik Azizah Awang.  For us, it's The best butter chicken in KL. Tetapi saya sudah tak ingat nama Cafe tersebut.  Namun sesiapa yang selalu berkunjung ke sana mesti tahu tempatnya yang  terletak di Club House condo tersebut.

Oleh kerana terlalu amat menyukainya, saya pun telah mencari resepi itu di semua laman blog dan youtube. Banyak resepi dan cara yang saya jumpa.

Akhirnya, setelah mentelaah semua resepi, saya telah mencuba membuatnya sendiri dengan cara yang lebih mudah dan sedap.

BAHAN-BAHAN:-


  • 500gm isi ayam (fillet)
  • 3 sudu besar tepung
  • sedikti garam
  • lada hitam secukup rasa
  • sebiji telur
  • 1 tin susu cair
  • 3 ulas bawang putih
  • sedikit daun kari
  • sedikit cili padi dititik sesetengah orang suka yang dipotong, terpulang kepada masing-masing
  • 2 sudu besar (kalau tak ada planta pun boleh)
  • 1 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu kecil tepung jagung





CARA-CARANYA:-

  1. Perap ayam dengan telur, tepung, garam dan lada hitam
  2. Goreng dengan minyak yang sedikit sahaja sehingga masak dan kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan minyak dan butter.
  4. Tumis bawang putih yang di cincang halus sehingga wangi dan kekuningan.
  5. Masukkkan susu cair, daun kari dan cili padi.
  6. Untuk memekatkan kuah, setelah mendidih, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Kalau tak ada tepung jagung, tepung biasa pun boleh.
  7. Masukkan garam dan lada hitam secukup rasa.
  8. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi kacau sekejap. Tutup ayam dalam 10 minit.
  9. Dah siap.



Elok dimakan ketika panas-panas dengan nasi yang panas juga. Yummy..

Setiap kali makan Butter Chicken, mesti teringat Emerald Hill Condo dan Cik Azizah, hehehe..

Tuesday, 19 November 2013

Resepi Ayam BBQ Senang dan Ringkas


Ayam yang tolong di grill oleh Cik Nadia

Bahan-bahan:-
  • Seekor ayam
  • halia, bawang putih, bawang besar diblend (sukatan agak2 jgn byk sgt nanti tak sedap)
  • mixed herbs
  • serbuk lada hitam
  • garam
  • sos tiram
  • kicap pekat
  • butter
  • sikit perahan lemon (optional)


Cara-cara:-

  1. Perapkan ayam dengan garam, bahan-bahan  yang telah diblend dan lain-lain bahan tersebut diatas.
  2. Lepas tu bakar la... gerenti sedap...





Wednesday, 4 September 2013

RESEPI MEE REBUS HAJI WAHID

Resepi ini di sharekan oleh Puan Harni Zeeta (orang Johor ok) melalui FB nya ..(Thanks Kak Honey, for sharing)  So saya pun nak share dengan all my viewerws and bloggers, silalah cuba....


Bahan-bahannya
2 kilo mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel...
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan Taburan Tepung Udang Kering
1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan Hiasan
tahu yang digoreng, dipotong kecil
daun sup, dimayang
bawang goreng
telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
taugeh, dicelur
limau kasturi, dibelah dua

Cara Menyediakan

Cara-cara untuk Tepung Udang Kering
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

Cara-cara untuk Kuah
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Cara untuk menghidang
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

Friday, 16 November 2012

Resepi Meehoon Soto

Resepi ini dikongsikan oleh kawan saya Cik Nira.  Saya minta resepi ini sebab saya suka makan soto tapi tak pernah buat sendiri. Inilah resepi meehoon soto version Cik Nira:-

Bahan-bahan:
1 bungkus Mihun
100-200 g taugeh ( celur )
Daun sup
Daun Bawang
Bawang goreng
Fish cake/ fish ball ( di potong dan di goreng) – option
Cara membuatnya
1. Rendam bihun hingga lembut.
2. Celur bihun dalam air panas.
3. Sementara tu siapkan sup dan sambal kicap.
Untuk Sup Ayam
1 ekor ayam ( potong 4 dan di bersihkan)
5 -6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1-2 inci halia ( ikut saiz)
1 sudu besar lada putih
1 sudu kecil campuran jintan manis dan jintan putih
3 kuntum bunga lawang
2 kulit kayu manis
4 biji pelaga
1 sudu besar rempah sup ( serbuk)
1 sudu makan rempah kurma (option – jika suka sup lebih berempah)
garam
sedikit perasa/kiub ayam – option

Cara penyediaan
1. Tumbuk lada putih, jintan, halia, bawang merah dan bawang putih.
2. Kemudian tumis kayu manis, bunga lawang, pelaga dan bahan tumbuk hingga wangi dan kering airnya.
3. Masukkan, semua rempah, air hingga 3/4 periuk dan ayam. Masak hingga ayam empuk.
4. Sesuaikan rasanya. Tutup api.
5. Keluarkan ayam. Siat kecil2 isinya kemudian hidangkan dengan bihun celur tadi.
6. Tulang ayam dimasukkan semula dalam sup, Reneh dengan api perlahan.
Untuk Sambal kicap
10-20 biji cili api
1 ulas bawang putih
2 sudu makan gula
1 sudu kecil garam
4 sudu besar kicap manis ( boleh tambah jika pekat sangat)
Cara penyediaan
1. Tumbuk lumat cili padi, bawang putih, garam gan gula.
2. Masukkan kicap manis dan kacau sebati hingga gula dan garam benar2 larut.
3. Hidang kan bersama bihun celur, kuah sup dan bahan2 lain.

Sumber : Cik Nira Yang Vogue

Tuesday, 11 September 2012

Resepi Laksa Penang

 
Laksa Penang Style Cik Nawar
 
 
Bahan-bahan:-
  • Laksa 1 paket
  • 1/5 kg ikan sardin segar (lagi besar lagi bagus)
  • belacan secukup rasa
  • asam keping
  • daun kesum
  • bunga kantan (sebelah pun cukup)
  • garam secukup rasa
  • cili kering (ikut kepedasan)
  • bawang besar satu tengah biji
Bahan Hiasan:-
  • telur rebus
  • daun salad
  • daun pudina
  • nenas manis
  • timun
  • bawang
  • daun selom (kalau suka)
  • otak udang/ petis
Cara-cara:-
  1.  Rebus ikan dengan sedikit asam keping, lepas tu biarkan sejuk.
  2. Blend cili kering, bawang besar dan belacan.
  3. Sementara tu boleh la rebus laksa sampai lembut.
  4. Asingkan isi ikan dan tulang.
  5. Blend isi ikan sahaja, ketepikan.
  6. Blend tulang ikan dengan air, tapiskan dan ketepikan.
  7. Rebus isi ikan, air tulang ikan yang direbus, cili kering, bawang besar dan belacan yang telah di blend.
  8. Biar hingga betul-betul masak, kemudian baru tambah air dan asam keping serta garam yang secukupnya.
  9. Renehkan lama sikit (lagi lama lagi sedap).
  10. Masukkan daun kesum dan bunga kantan.
  11. Siap.
 Mudah bukan.. hmm cuba la.. Sebab saya peminat laksa la saya cuba buat sampai terer..

Thursday, 5 July 2012

Resepi Nasi Lemak


My kids mesti kalau nak kalau suruh saya masak nasi lemak mesti nak lengkap dengan rendang daging version saya sendiri. 

Saya ni bukannya kategori pandai masak atau pernah pergi kelas ke.  Tetapi saya belajar masak melalui tanya akak-akak kat ofis, pembacaan, tengok tv atau telefon Umi.  Dulu masa remaja saya cuma tahu buat basic thing only, macam siang ikan, goreng bihun, masak maggi, masak burger, goreng sayur, goreng telur, goreng ikan dan sebagainya yang senang-senang belaka.

Ini disebabkan Umi saya dulu kata saya perlu tak belajar masak sangat sebab nanti saya akan pandai sendiri bila dah berdikari nanti. Umi suruh saya beri tumpuan pada pelajaran.  Betul cakap Umi, lepas kahwin dan ada anak baru la saya belajar masak sendiri. Nak survive la kata kan.

Okay lah, berbalik pada Nasi Lemak ni, kalau nak masak pagi-pagi saya kena bangun pukul 5 pagi sebab Cik Nadia kena tunggu bas sekolah dalam pukul 6.30 pagi. Kalau terbangun lambat, sorryy, no nasi lemak ok.

Sebelum itu, nak bagitahu sukatan bahan-bahan saya main agak-agak sahaja sebab saya selalu masak pagi-pagi dalam keadaan tergesa-gesa sebab nak timing nak siap-siap pergi kerja lagi, nak hantar Cik Nadia naik bas sekolah lagi.  Bak kata orang masak macam masuk program Masterchef , ada timing kalau tidak lambat le masuk ofis.

Bahan-bahan:-

Nasi Lemak

5 cawan beras
secukup air
1/2 - 1 biji Santan
Garam
1/2 inci Halia
daun pandan disimpulkan

Sambal Ikan bilis

2 - 3 senduk cili kering
segenggam ikan bilis
beberapa ekor ikan bilis dimesin
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1/2 cwn air asam jawa
sedikit gula melaka (kalau suka/ada)
air secukupnya
garam secukup rasa

Rendang Daging

250g Daging
5 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit
3 Sudu Besar kerisik
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 senduk cili kering / cili padi (dimesin)
santan (1 biji kelapa)
daun limau purut(dicarik-carikkan)
daun kunyit (dicarik-carikkan)
garam secukup rasa

Bahan Hiasan

timun
ikan bilis goreng
kacang tanah goreng
telur rebus

Cara-caranya:-

1. Rebus Telur Dahulu

2. Kemudian Masak Rendang

  •  Tumis serai,halia, lengkuas, kunyit, bawang putih, bawang merah yang dimesin sehingga kekuningan sikit dan wangi.
  • Masukkan cili kering yang dikisar hingga garing dan pecah minyak.
  • Masukkan daging yang telah dipotong-potong mengikut suka masing-masing.  Biarkan daging dan kecut dan sebati dengan bahan-bahan tadi baru masukkan santan dan air secukupnya.  Biarkan sambil digaul-gaulkan.
3.  Sementara itu Masak Nasi
  • Basuh beras sehingga bersih dan masukkan kedalam periuk nasi elektrik.
  • Sukat air dan santan secukupnya.
  • Masukkan sedikit garam, daun pandan dan halia yang dipotong.
  • Tekan ON.
4. Akhir sekali masak Sambal pula
  • Goreng ikan bilis dan kacang dahulu, kemudian ketepikan.
  • Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang merah dan bawang putih yang dimesin sehingga kekuningan, baru masukkan cili kering dan ikan bilis yang dimesin.
  • Tunggu sampai pecah minyak. Barulah masukkan air asam jawa dan air ikut keperluan.
  • Akhir sekali masukkan garam, bawang besar potong bulat, gula melaka dan ikan bilis.
Sementara itu jangan lupa gaul-gaulkan rendang yang telah ditinggalkan tadi, masukkan kerisik, daun kunyit, daun limau purut dan garam.

Tara..dah saip..dalam masa satu setengah jam semua dah siap..boleh hidang denagn bahan hiasan atau tapau bawa pergi ofis sekali.

Tuesday, 12 June 2012

LAKSA PENANG

                                       Laksa yang dimasak mengikut citarasa cik nawar.



                                    Lepas makan laksa, memang best cuci mulut dengan limau sunkist.

Bahan Utama:-

1 bungkus laksa (direbus hingga lembut)

Bahan Kuah:-

5 ekor ikan sardin (kalau saiz yang besar)
½ biji bawang besar (kisar)
2 senduk cili kering (kisar)
Asam keping, Belacan dan garam secukup rasa
Beberapa tangkai Daun kesum
1 Bunga kantan

Bahan hiasan(mengikut citarasa masing-masing):-

Limau kasturi
Cili merah / padi (dihiris)
Daun pudina
Daun Salad (potong ikui suka)
Daun Selom (potong ikut suka)
Timun (hiris halus)
Bawang besar (hiris halus)
Otak udang
Telur rebus
Nenas manis dipotong halus.

Cara-caranya:-

Rebus ikan dengan asam keping hingga masak lepas tu biarkan sejuk sedikit.
Setelah sejuk sikit, asingkan isi dan tulang ikan.
Blend isi ikan dan tulang ikan berasingan dan tapiskan airnya.
Masukkan isi ikan itu bersama air tapisan kedalam periuk.
Masukkan cili kering , belacan dan bawang besar yang telah di blend dan rebuskan.
Masukkan asam keping, daun kesum, daun pudina dan bunga kantan dan garam secukupnya.
Renehkan lagi (lagi lama lagi sedap).

Monday, 23 April 2012

Daging Kari Hitam Nasi Kandar

Anak-anak suka sangat dengan lauk ni kalau pergi kedai nasi kandar.  Kadang-kadang tu kalau bahan-bahan dah ada kat rumah so apa lagi, baik la masak sendiri.  Jimat le belanja. 
Seperti biasa resepi ini telah di permudahkan untuk orang yang bekerja dan surirumah separuh masa macam saya.  Apa-apa pun rasanya tetap sedap.


Bahan-bahannya:-
250gm – 500gm daging
4 sudu besar Rempah kari daging (sukatan ikut masing-masing)
2 sudu besar Serbuk cili (jika suka)
1 labu Bawang besar dipotong bulat
5 ulas Bawang merah*
3 ulas Bawang putih*
½ inci Halia*
Buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang
Serai titik
Daun Kari (jika ada)
Kicap Manis secukupnya
Garam (jika perlu)
Air secukupnya
 *dimayang halus.

Cara-caranya:-
1.       Tumis bawang besar, besar, putih dan halia hingga harum dan kekuningan.
2.       Masukkan rempah kari daging dan biar hingga rempah betul-betul masak.
3.       Masukkan serbuk cili dan biar seketika.
4.       Masukkan serai, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang serta daun kari (jika      ada).
5.       Tambah air sedikit demi sedikit sambil dikacau lagi dan masukkan kicap manis.
6.       Masukkan daging dan sentiasa kacau selalu dan tambah sedikit air secukupnya.
7.       Tunggu sehingga daging empuk dan boleh la dihidangkan.
Makanlah dengan sayur kobis goreng atau bendi rebus dan sambal belacan.

Tuesday, 17 April 2012

Tom Yam Daging

Siapa kata dalam masa satu jam tak boleh siapkan makanan berkhasiat untuk keluarga?

Ramai yang memang dah tahu macamana nak masak Tom Yam.  Tapi resepi versi saya ini adalah untuk orang yang tak ada masa, nak cepat (macam saya) dan nak makanan sedap dan panas-panas.



Bahan-bahan (4 orang makan):-

250g daging (rebus dahulu)
1 Kiub Tomyam Knorr (apa-apa jenis kiub/paste kesukaan masing-masing)
1 biji Tomato (potong ikut suka)
½ ulas Bawang besar (potong bulat-bulat)
1 batang Serai (potong serong)
2 helai Daun limau purut (dicarik-carik)
2 biji limau kasturi (diperah)
Beberapa Baby corn (jika suka)
Beberapa Cendawan (jika suka)
Sedikit Halia (dihiris)
Sedikit Lengkuas (dihiris)
2- 3 biji Cili padi (dititik)
Lain-lain sayuran mengikut kesukaan.
Garam secukup rasa.

Cara-caranya:-

1.       Rebus daging dalam air agak-agak 2 mangkuk dan biarkan selama 45 minit dengan api yang perlahan.
2.       Sementara tu bolehlah mula basuh beras untuk masak nasi.
3.       Lepas tu boleh la basuh dan potong bahan-bahan yang tersebut diatas. Sambil-sambil tu boleh goreng telur dadar, sementara nak tunggu daging empuk. 
4.       Setelah daging empuk, masukkan semua bahan diatas. Dah siap pun satu hidangan.