My kids mesti kalau nak kalau suruh saya masak nasi lemak mesti nak lengkap dengan rendang daging version saya sendiri.
Saya ni bukannya kategori pandai masak atau pernah pergi kelas ke. Tetapi saya belajar masak melalui tanya akak-akak kat ofis, pembacaan, tengok tv atau telefon Umi. Dulu masa remaja saya cuma tahu buat basic thing only, macam siang ikan, goreng bihun, masak maggi, masak burger, goreng sayur, goreng telur, goreng ikan dan sebagainya yang senang-senang belaka.
Ini disebabkan Umi saya dulu kata saya perlu tak belajar masak sangat sebab nanti saya akan pandai sendiri bila dah berdikari nanti. Umi suruh saya beri tumpuan pada pelajaran. Betul cakap Umi, lepas kahwin dan ada anak baru la saya belajar masak sendiri. Nak survive la kata kan.
Okay lah, berbalik pada Nasi Lemak ni, kalau nak masak pagi-pagi saya kena bangun pukul 5 pagi sebab Cik Nadia kena tunggu bas sekolah dalam pukul 6.30 pagi. Kalau terbangun lambat, sorryy, no nasi lemak ok.
Sebelum itu, nak bagitahu sukatan bahan-bahan saya main agak-agak sahaja sebab saya selalu masak pagi-pagi dalam keadaan tergesa-gesa sebab nak timing nak siap-siap pergi kerja lagi, nak hantar Cik Nadia naik bas sekolah lagi. Bak kata orang masak macam masuk program Masterchef , ada timing kalau tidak lambat le masuk ofis.
Nasi Lemak
5 cawan beras
secukup air
1/2 - 1 biji Santan
Garam
1/2 inci Halia
daun pandan disimpulkan
2 - 3 senduk cili kering
segenggam ikan bilisbeberapa ekor ikan bilis dimesin
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1/2 cwn air asam jawa
sedikit gula melaka (kalau suka/ada)
air secukupnya
garam secukup rasa
250g Daging
5 batang serai1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit
3 Sudu Besar kerisik
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 senduk cili kering / cili padi (dimesin)
santan (1 biji kelapa)
daun limau purut(dicarik-carikkan)
daun kunyit (dicarik-carikkan)
garam secukup rasa
timun
ikan bilis gorengkacang tanah goreng
telur rebus
1. Rebus Telur Dahulu
2. Kemudian Masak Rendang
- Tumis serai,halia, lengkuas, kunyit, bawang putih, bawang merah yang dimesin sehingga kekuningan sikit dan wangi.
- Masukkan cili kering yang dikisar hingga garing dan pecah minyak.
- Masukkan daging yang telah dipotong-potong mengikut suka masing-masing. Biarkan daging dan kecut dan sebati dengan bahan-bahan tadi baru masukkan santan dan air secukupnya. Biarkan sambil digaul-gaulkan.
- Basuh beras sehingga bersih dan masukkan kedalam periuk nasi elektrik.
- Sukat air dan santan secukupnya.
- Masukkan sedikit garam, daun pandan dan halia yang dipotong.
- Tekan ON.
- Goreng ikan bilis dan kacang dahulu, kemudian ketepikan.
- Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang merah dan bawang putih yang dimesin sehingga kekuningan, baru masukkan cili kering dan ikan bilis yang dimesin.
- Tunggu sampai pecah minyak. Barulah masukkan air asam jawa dan air ikut keperluan.
- Akhir sekali masukkan garam, bawang besar potong bulat, gula melaka dan ikan bilis.
Tara..dah saip..dalam masa satu setengah jam semua dah siap..boleh hidang denagn bahan hiasan atau tapau bawa pergi ofis sekali.
No comments:
Post a Comment