Showing posts with label Putera dan Puteri Ku. Show all posts
Showing posts with label Putera dan Puteri Ku. Show all posts

Friday, 30 November 2012

Kem Solat Remaja 2012, Masjid Negara (23-25 Nov 2012)

Baru-baru ni, Cik Nadia dan Encik Najib telah menghadiri Program Kem Ibadah Remaja Siri 2/2012 bermula 23 November sehingga 25 November 2012 di Masjid Negara, Jalan Perdana, Kuala Lumpur yang telah dianjurkan oleh Unit Penyelarasan Dakwah dan Ibadah, Masjid Negara http://www.masjidnegara.gov.my/portal/ dengan kerjasama Syarikat Asasinsan Resources & Training http://www.asasinsan.com/ .
Program tiga hari dua malam yang bertemakan “Kami Amat Menyayangi Rasulullah S.A.W.”, ini disertai kira-kira 145 orang pelajar yang terdiri daripada 87 pelajar lelaki dan 58 orang pelajar perempuan yang berusia antara 13 tahun hingga berusia 17 tahun.

Antara objektif utama Program ini dijalankan adalah untuk:
  • Membimbing kanak-kanak muslim melalui pembudayaan gaya hidup sihat, imej diri positif dan tinggi daya saing dalam usaha menjadi hamba Allah, anak, rakan, pelajar dan warganegara yang unggul.
  • Membantu ibubapa mempelbagai pendekatan dalam memantau tumbesaran personaliti anak-anak.
  • Membantu Masjid memperkaya program mendekati kanak-kanak dengan lebih praktikal, berkesan dan menarik.
  • Mendapat tips-tips bagaimana menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
  • Melahirkan generasi yang beriman dan teguh dengan jati diri seorang muslim.
  • Membangkitkan kesedaran untuk melakukan perubahan positif dalam hidup.
  • Membentuk daya tahan dan benteng diri dari gejala sosial.
  • Memberi kefahaman akan kepentingan ibadah dalam kehidupan.

  • Mendedahkan kaedah solat yang betul dan rahsia di sebalik suruhan Allah.
Antara pengisian sepanjang Program ini berlangsung ialah:
  •  Aqidah dan Ibadah- Mengupas konsep asas kejadian insan, asas aqidah dan ibadah serta perkaitannya dengan jatidiri remaja Melayu dan Muslim.
  • Akhlak dan Imej diri – Mengupas kepentingan akhlak, personaliti dan hubungan sesama dalam membina kejayaan sebagai seorang muslim.

  • Kemahiran kendiri dan ikhtiar hidup - Menggalakkan peserta berusaha untuk berfikiran kreatif, berani mencuba dan berdikari dalam menjalani kehidupan harian melalui amalan pengurusan kendiri sihat.
Semasa Majlis Penutup, Program ini yang dirasmikan oleh wakil Imam Besar Masjid Negara, YBhg. Ustaz Ehsan bin Mohd. Hosni yang juga Penolong Pengarah Kanan, Unit Penyelarasan Dakwah dan Ibadah, Masjid Negara menyatakan bahawa Program ini di rangka khusus bagi membantu para remaja membina kecemerlangan diri menjadi insan yang soleh dan berakhlak mulia di samping meningkatkan motivasi peserta, selain dapat membimbing peserta mengenai tanggungjawab sebagai seorang anak, pelajar, ahli masyarakat dan hamba Allah. Beliau turut menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta yang menyertai Program ini.

Salah satu aktiviti yang paling menarik ialah Sembahyang Sunat di waktu malam berseorangan dan mereka diletakkan secara rawak dimana-mana sahaja di sekitar kawasan masjid.  Aktiviti ini amat penting untuk mengubah tanggapan dan budaya masyarakat kita sekarang yang terlalu ‘memilih’ lokasi untuk bersolat menyebabkan mereka lebih gemar menjadikan surau dan masjid sebagai tempat ‘wajib’ untuk beribadah sedangkan rukun Islam kedua itu boleh dilaksanakan di mana saja.

Inilah yang ditekankan oleh Ketua Fasilitator Kem Ibadah Masjid Negara, M K Fuad Che Ab Razak.  Beliau juga berkata, masyarakat kita tidak biasa dengan budaya solat di mana saja menyebabkan ada di kalangan mereka yang sanggup beratur panjang untuk menunggu giliran di surau yang kecil.


Encik Fuad juga berkata, tidak menjadi masalah kepada umat Islam di negara ini untuk menyegerakan kewajipan bersolat dengan melaksanakannya di mana-mana, apatah lagi bumi Allah begitu luas dan suci untuk menunaikan solat.

Anak-anak ini juga diajar untuk mengambil wuduk dengan menggunakan air sedikit.  Ini juga mengajar mereka yang tiada alasan tidak cukup air sekiranya untuk mengambil wuduk walaupun hanya mempunyai sebotol air mineral.


Dan juga, mereka di sedarkan dengan tangunngjawap anak terhadap ibubapa seperti mendoakan ibu bapa setiap kali lepas sembahyang.

Banyak lagi aktiviti menarik dan kalau nak tahu kenalah mendaftar untuk program seterusnya.

Saya menyarankan semua ibubapa agar menghantar anak-anak ke Kem sebegini.  Yuran penyertaan pula tidak mahal dan tidak terkira denagn ilmu dan pengalaman yang dapat dikutip sepanjang mereka berada di sini dan wang itu juga disalurkan untuk tabung masjid.  Ia juga berjaya mendekatkan hati anak-anak kita dengan masjid.

Wednesday, 28 November 2012

Happy Birthday Nadia Qarmila

                 Kek yang ditaja oleh Mak Chu dan dipilih oleh Amu Sam.  Thanks Mak Chu and Amu Sam.

                                                           Cik Nadia dah 15 tahun...huhu..


                                                               Kek ni memang sedap.

Happy birthday Nadia.. Mummy loves you so much..muah2.. belajar rajin-rajin dan jangan lupa solat..huhu..

Friday, 15 June 2012

Choral Speaking SMK St John KL

Pada hari Sabtu, 19hb May 2012 SMK St John telah mengadakan Hari Anugerah Cemerlang. 

Pelajar-pelajar Tingkatan 1S telah diberi penghormatan membuat persembahan Choral Speaking di majlis tersebut.  Kelas ini telah memenangi pertandingan Choral Speaking antara kelas hasil nukilan adik Ahmad Izzat.

Tengah tunggu giliran.

Lama sangat kena berdiri tunggu giliran, nasib baik acara pertama untuk hari itu selepas ucapan-ucapan. Kesian.

                                                                 Sedang perform.

                                                         Encik Najib tengah control "hensem".

                                                            Aksi selepas "performed".

                                                                    Lega la tu...

                                       Mendengar kata-kata perangsang dan pujian dari guru kelas.

                                             Memang riuh rendah budak-budak bijak ini.

                                              Masa ini baru dapat suasana senyap ketika makan.

                                                     Dah kenyang baru ok.. "Peace"

Nasi lemak kat kantin SMK St John memang sedap..Yang sebelah tu cukup ke sebungkus? Saya nak try pun dah "sold out".

Suasana dalam dewan besar ketika Guru Besar berucap. Sekarang Dewan Besar dah ada air-cond, lega sikit...

Banyak lagi gambar-gambar yang lebih menarik yang dia mabil olhe Cikgu Ruby dalam SMK St John KL.

Thursday, 14 June 2012

Jalan-jalan ke Popular Books Store, Ampang Point

Cuti sekolah baru ni, salah satu aktiviti my kids ialah pergi kedai buku Popular Book Store di Ampang Point.  Sebab suka pergi sini ialah kedainya yang besar dan ada diskaun for members.

Masa sampai ke kedai Popular Books Store ni  saya dah bagitau my kids, "OK mama bagi masa satu jam je tau".  Encik Najib tak berpuas hati dan berkata "Mana cukup satu jam?".. sambil memuncungkan mulutnya terus buat protest action tak mau cakap.

Saya pun apa lagi, I just let them alone, pergi belek2 my favourite cooking books, motivations books etc.. I took my own sweet time. Tak sedar pun berapa lama masa dah berlalu.

Last2 tak sampai satu jam, bila dah dapat barang-barang yang dihajati, terus ajak balik. Dah tak mau singgah mana-mana dah. Minum-minum pun tak mau dah..hehe.. (tu la diorang ingat boleh nak berdiri lama-lama kat situ .. hehehe .. menjadi tactics reverse phsycology saya).

 Inilah antara barang-barang yang diborong Cik Nadia.

                                             Dan ini pula barang-barang yang diborong En Najib.

                                       Sempat beli birthday card untuk Cik Farahin.

     Najib sangat gembira dan berpuas hati dengan pilihan buku nya. Dalam masa 30 minit dah habis baca.

                                                             File yang dibeli oleh Cik Nadia.

Tuesday, 29 May 2012

"Synchronise Swimming"



Cik Nadia Yang Jelita dan Mr Najib memang suka sangatla buat aksi ala-ala synchronise swimming.  Video-video ni di ambil lebih kurang 5 tahun lalu. Waktu itu kami bercuti di Lone Pine Hotel, Penang.  Memang best.  Bila diorang dah besar nanti mesti tak percaya tenguk aksi-aksi ini..

Monday, 7 May 2012

Good Luck for Najib and Nadia

I want to wish good luck to my Najib and Nadia.  The have made me proud as they have qualified for the State Level MSSMKL Chess 2012.  I know the game level will be very tough but I hope both of them can give a real fight in every game.

Winning is not everything.  But how they use their skills and handle themselves in every game, will give them most valuable lesson in their whole life.  The lesson that you will not get in school. But if they win, that is a reward for all their efforts and hardwork.

The tournament starts from 7th until 11th May 2012 and will be held at SMK Aminuddin Baki. The List of participants can be checked here -  The Very Best of MSSMKL

Friday, 13 April 2012

My Hero


Semenjak naik Form 1 ni, Najib dah rajin posing.  Ni mesti kes nak upload kat FB.  Dulu sebelum naik sekolah menengah cukup susah nak posing. Sekarang kalau boleh 24 jam nak posing. Ini kira posing paling hensem la tu..