My kids, memang minat dengan sukan "chess". Walaupun sukan ini tak glamer macam sukan lain, tetapi mereka tetap meminatinya. Mereka juga rajin menyertai kejohanan terbuka yang dianjurkan sekitar Kuala Lumpur. Salah satu kejohanan yang paling ditunggu-tunggu ialah Kejohanan Catur Remaja Terbuka Kepong Ke 18 yang baru-baru ini yang telah diadakan pada hari Ahad, 4hb November 2012 di SJKC Kepong 2 sebab ianya "national-rated event".
Syarat penyertaannya agak ketat, kerana pendaftaran yang lambat memang tidak akan dilayan. Ini termasuk, jika datang lambat pada hari pertandingan pun tidak akan diberi peluang untuk bermain.
Salah satu kebaikan bermain chess ini ialah ianya melatih kita berfikir secara lebih kreatif. Ianya juga bagus dalam decision making kerana kita kena melatih otak kita membuat keputusan bila diserang oleh lawan. Ia juga dapat melatih minda kita menjadi lebih kental ketika diasak oleh lawan. Kita juga akan cuma mencari jalan penyelesaian untuk memenangi perlawanan itu. Strategi yang telah di atur mungkin terpaksa diubah jika pihak lawan telah dapat membaca strategi kita.
Kemahiran mengawal "stress" oleh Cik Nadia.
Encik Najib dah pandai relaks dah sekarang walaupun pun lawan nya lebih dewasa dari dia. Encik Najib juga dah pandai belajar control his anger management sejak bermain chess, kira macam control hensem juga la tu.
Semangat berpasukan juga boleh dipupuk jika bermain secara pasuka termasuk semangat muhibbah kerana permainan ini dimainkan oleh berbilang bangsa. Skil komunikasi juga dapat dilatih disini. Disiplin juga diperlukan untuk mematuhi peraturan permainan. Sikap hormat menghormati juga penting kerana perlawanan akan dimulakan sebaik sahaja diumumkan dan pemain akan bersalaman dengan pihak lawan dan juga ketika perlawanan tamat. Mereka juga kena menysun balik semua pieces chess.
Mereka juga mesti mengawal emosi ketika kalah. Terdapat juga pemain yang menunjukkan skill psycology mereka dengan berbagai-bagai cara termasuk dengan cara bertanay soalan yang tidak relevent dsb.
Ramai remaja kat sini kan?
Permainan ini tidak memerlukan kos yang tinggi. Boleh main dimana-mana sahaja. Yuran penyertaan pun RM30 sahaja. Cuma kalau ada duit lebih boleh lah panggil coach untuk melatih atau ambil sahaja kelas catur.
Kaunter pendaftaran akan ditutup mengikut waktu yang telah ditetapkan. Latecomers tidak akan dilayan. My kids, nasib baik sampai on the dot. AJK yang berbaju hijau ini semuanya peramah dah baik hati walaupun muka je nampak macam garang. Mereka rajin men"update" parents tentang waktu makan dan lain-lain. Syabas!!
Taklimat sebelum perlawanan.
Sijil penyertaan.
Goodies...
Pihak penganjur telah menyediakan makan halal kepada semua peserta. AJK tolong membantu mereka menyediakan makanan.
Nasi lemak ni memang sedap...
Nasi lemak ini memang sedap. AJK=AJK memang ringan tulang membantu caterer.
Kejohanan adalah satu latihan bagi my kids untuk menghadapi MSSMKL antara zon awal tahun depan.
Nak tahu result? Click : http://malaysianchess.blogspot.com/2012/11/18th-kepong-juniors-open-results.html
No comments:
Post a Comment