Thursday, 26 April 2012

Eye Make-Up Remover

Saya akan pastikan bahagian mata dicuci sempurna walau apa keadaan . Letih ke mengantuk ke yang ni benda yang paling saya tak akan malas nak buat.  Sebab bahagian kulit mata kita kan kulit dia paling sensitive.

Saya memang suka pakai celak terutama glimmer stick.  Jadi  saya memang memerlukan eye make-up remover yang bagus.  Bagi saya this thing is the best. 

Saya memang suka gunakannya sebab ianya water-based dan tak berminyak.  Harganya pun affordable dan mudah dicari dekat mana-mana farmasi.   Dulu saya pernah guna brand lain. Tetapi setelah mencuba ini, mungkin saya tak bertukar kepada jenama lain.



              Simple - Eye Make-up Remover

Wednesday, 25 April 2012

KELAS TUISYEN SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH


·         Kelas Kumpulan Kecil dan INTERAKTIF.
·         Terbukti berkesan (% score A yang tinggi).
·         Kaedah pembelajaran yang MENARIK dengan PERLBAGAI skil, cthnya: “Problem solving skill” dll.
pakej-paKEJ yang ditawarkan
- Kelas Kumpulan Kecil*
- Kelas Intensif**
- Kelas Perseorangan (One-to-One)**

*JUMLAH murid yang TERHAD setiap kelas.
** Tertakluk kepada PERMINTAAN.
Peringkat Sekolah Menengah
Form 4 to 5 - (ENG/MATHS/ADD MATHS/SCIENCE)
Form 1 to 3 - (ENG/MATHS/SCIENCE/SEJ/GEO)

Peringkat Sekolah Rendah

Standard 4 to 6 - (ENG/MATHS/SCIENCE/BM)
Standard 1 to 3- (ENG/MATHS/SCIENCE/BM)


Peringkat Pra-Sekolah - (ENG/MATHS/BM)


Harga YURAN adalah berpatutan.  Dapatkan Diskaun untuk Pakej Keluarga.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati : http://ismartlearningcenter.blogspot.com/
ATAU, sila hubungi :- 017-3742856 / 016-2215897

Tuesday, 24 April 2012

Pasu Besar


Sayang juga dengan pasu-pasu ni kerana masih cantik tetapi terpaksa dijual sebab tidak ada masa nak menjaga pokok.  Pernah tanam pokok sekali lepas tu semua pokok mati sebab tak cukup air dan cahaya.  Ada 4 buah pasu semuanya untuk dijual. 



Saiz dia lebih kurang berdiameter dalam lingkungan 40cm.  Saya nak jual sebuah pasu ialah RM25.00 tapi kalau beli semua 4 buah, saya kira dalam RM80.00 sahaja.  Harga masih boleh dirunding sekiranya betul-betul berminat.



Setelah dicuci bersih pasu-pasu itu masih berkeadaan elok dan rupanya masih cantik dan berkilat seperti barang baru.  Sekiranya berminat jangan lupa hantar email.



Monday, 23 April 2012

Daging Kari Hitam Nasi Kandar

Anak-anak suka sangat dengan lauk ni kalau pergi kedai nasi kandar.  Kadang-kadang tu kalau bahan-bahan dah ada kat rumah so apa lagi, baik la masak sendiri.  Jimat le belanja. 
Seperti biasa resepi ini telah di permudahkan untuk orang yang bekerja dan surirumah separuh masa macam saya.  Apa-apa pun rasanya tetap sedap.


Bahan-bahannya:-
250gm – 500gm daging
4 sudu besar Rempah kari daging (sukatan ikut masing-masing)
2 sudu besar Serbuk cili (jika suka)
1 labu Bawang besar dipotong bulat
5 ulas Bawang merah*
3 ulas Bawang putih*
½ inci Halia*
Buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang
Serai titik
Daun Kari (jika ada)
Kicap Manis secukupnya
Garam (jika perlu)
Air secukupnya
 *dimayang halus.

Cara-caranya:-
1.       Tumis bawang besar, besar, putih dan halia hingga harum dan kekuningan.
2.       Masukkan rempah kari daging dan biar hingga rempah betul-betul masak.
3.       Masukkan serbuk cili dan biar seketika.
4.       Masukkan serai, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang serta daun kari (jika      ada).
5.       Tambah air sedikit demi sedikit sambil dikacau lagi dan masukkan kicap manis.
6.       Masukkan daging dan sentiasa kacau selalu dan tambah sedikit air secukupnya.
7.       Tunggu sehingga daging empuk dan boleh la dihidangkan.
Makanlah dengan sayur kobis goreng atau bendi rebus dan sambal belacan.

Friday, 20 April 2012

Aji Don, Plaza Damas


Semua orang dah tahu tempat ni pun.  Memang dah famous.  Rasanya tak payahlah  susah-susah nak terangkan kat mana.

Nasi Beriyani Ayam

Cuma nak cerita  menu yang kami selalu order ialah Nasi Beriyani Ayam, Satay Ayam dan Daging dan juga Tauhu Bakar.  Lain-lain menu yang famous dan sedap adalah Mee Rebus, Rojak Buah dan Western Food.
                                                                              Satay

                                                                      Kuah Kacang
Paling saya suka ialah Satay yang dibakar garing dan lembut.  Tak lupa juga kuah kacang yang rupanya biasa sahaja tapi rasa dia memang mengancam.
Tauhu bakar pula crunchy dan secukup rasa. Tempat ni sesuaila untuk lepak-lepak malam minggu bersama keluarga dan kawan-kawan.
                                                         My Hero Tengah Menjamu Selera

Thursday, 19 April 2012

Baju Dinner


                                 Harga : RM100.00 (Free Size) harga termasuk kos penghantaran.
Baju dinner ni saya pakai sekali sahaja ketika Company Dinner yang lalu.  Saya suka baju ni sebab hiasan bahagian dadanya yang sangat cantik dan menarik. Tapi biasala kena la jual sebab takkan nak pakai baju dinner dua kali pula.  Dinner company pun setahun sekali je.

Saya telah membelinya dengan harga RM200.00 di sebuah butik yang terletak di Medan Sri Bunus di Kuala Lumpur.  Butik ini mengimport semua baju-bajunya dari Jakarta, Indonesia.
Sekiranya berminat, sila hantar email kepada saya.

Lontong Jawa Klang

Lokasinya betul-betul bertentangan dengan Pasar Jawa. Di buka pada waktu petang hingga ke  malam. Rasanya ditutup setiap hari Ahad.
                                                    Tempat Parking bersebelahan Pasar Jawa


                                                    Pemandangan dari tempat Parking tadi

Menu utamanya tentulah Set Lontong yang dihidang bersama dengan  telur rebus, pegedil, tempe, tauhu, serunding kelapa dan sambal sotong.

                                                                     Set Lontong

Menu sampingannya pula ialah Nasi Lemak yang boleh tahan sedapnya.  Anda boleh pilih sama ada nak lauk Ayam Goreng Rangup, Sambal Sotong atau Sambal Udang.  Lauk-lauknya pun  semua sedap.
Lontong sini memang sedap. Paling saya suka sambal sotongnya yang memang bak kata orang terbaek.. Hmm.. setiap kali pergi situ rasa macam nak tapau je sambal sotong tu dan bawa balik dan kemudian frozenkan , kononnya bila-bila teringin boleh le panaskan kan semula hehe.. tapi bila dah kekenyangan terus lupa.
                                                                      Inilah rupa gerainya.
Dibahagian hujung yang lagi satu dan sederet dengan gerai Lontong ni, ada Rojak Mamak yang paling sedap.  Saya akan cerita pasal ini di lain waktu. Jumpa lagi di tempat makan seterusnya.

Tuesday, 17 April 2012

Tom Yam Daging

Siapa kata dalam masa satu jam tak boleh siapkan makanan berkhasiat untuk keluarga?

Ramai yang memang dah tahu macamana nak masak Tom Yam.  Tapi resepi versi saya ini adalah untuk orang yang tak ada masa, nak cepat (macam saya) dan nak makanan sedap dan panas-panas.



Bahan-bahan (4 orang makan):-

250g daging (rebus dahulu)
1 Kiub Tomyam Knorr (apa-apa jenis kiub/paste kesukaan masing-masing)
1 biji Tomato (potong ikut suka)
½ ulas Bawang besar (potong bulat-bulat)
1 batang Serai (potong serong)
2 helai Daun limau purut (dicarik-carik)
2 biji limau kasturi (diperah)
Beberapa Baby corn (jika suka)
Beberapa Cendawan (jika suka)
Sedikit Halia (dihiris)
Sedikit Lengkuas (dihiris)
2- 3 biji Cili padi (dititik)
Lain-lain sayuran mengikut kesukaan.
Garam secukup rasa.

Cara-caranya:-

1.       Rebus daging dalam air agak-agak 2 mangkuk dan biarkan selama 45 minit dengan api yang perlahan.
2.       Sementara tu bolehlah mula basuh beras untuk masak nasi.
3.       Lepas tu boleh la basuh dan potong bahan-bahan yang tersebut diatas. Sambil-sambil tu boleh goreng telur dadar, sementara nak tunggu daging empuk. 
4.       Setelah daging empuk, masukkan semua bahan diatas. Dah siap pun satu hidangan.

Monday, 16 April 2012

Dapur Ayam Golek

                                           Harga : RM2,500 sebuah (masih boleh runding)
Dulu En Hubby pernah berniaga ayam golek di bazaar Ramadan Kg Baru.  Sekarang dah tak larat dah nak berniaga (baru dia tau, heheh).  So dia  ingat nak jual la. Ada empat buah semuanya.  Semuanya masih elok kerana hanya digunakan sebulan sahaja ketika bulan puasa dahulu.  Lengkap berbumbung untuk hari hujan.
Bulan puasa pun dah nak dekat, sesiapa yang berminat dan rajin nak berniaga ayam golek, sila hubungi En Nazri  : 019-3849955.

Saturday, 14 April 2012

Medan Ikan Bakar Pantai Jeram

                                                              Ikan Bawal Tiga Rasa

Ini salah satu tempat favourite kami sekeluarga.  Kadang-kadang kami sekeluarga suka pergi tempat ni. Tengukla ikut kalau ada "budget" lebih sikit ke.  Ikan ni memang segar.  Masih terasa kesedapan nya hingga kini..cewah...Sila jamu mata dengan menu yang kami selalu order.

                                                               Ketam Goreng Kunyit

                                                               Udang Goreng Tepung

Yang best pasal udang ni, tepung dia tak tebal macam kat tempat lain dan rangup.

                                                                Udang Goreng Pedas

Udang goren pedas jangan cakaplah.  Licin lepas tu.

                                                                  Nasi Goreng Cina

Walaupun rupa dia biasa ja macam yang ada kat kedai lain, tapi nasi goreng ni memang sedap giler.  Kalau tak caya cuba la.. Banyak lagi menu lain yang ada kat situ.

Tunggu update saya untuk tempat-tempat makan yang lain pula.  Saya ada banyak lagi tempat untuk dikongsi. Yang penting, sedap, bersih dan harga berpatutan.

Friday, 13 April 2012

My Hero


Semenjak naik Form 1 ni, Najib dah rajin posing.  Ni mesti kes nak upload kat FB.  Dulu sebelum naik sekolah menengah cukup susah nak posing. Sekarang kalau boleh 24 jam nak posing. Ini kira posing paling hensem la tu..