Wednesday, 9 December 2015

Resepi Ayam Percik Stail Orang Bujang

Pembaca semua mesti berasa pelik dan ajaib, kenapa saya namakan resepi ini "Resepi Ayam Percik Stail Orang Bujang"?

Senang sahaja jawapannya, pertama bahan-bahan yang mudah didapati, sukatan pun main agak-agak je . Keduanya guna cara panggang yang mudah, maklumlah orang bujang manalah ada kelengkapan memasak seperti dapur arang dan sebagainya.

Cakap banyak pun tak guna mari kita lihat bahan-bahan dan cara-cara menyediakannya.

Bahan-bahannnya:-

6 ketul ayam
santan kelapa secukupnya (agak-agak)
10 tangkai cili kering (direndam dalam air panas)
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia (agak-agak)
serbuk lada hitam
asam keping (sedikit sahaja)
serai di ketuk
garam dan gula secukup rasa
minyak masak


"Blend"kan cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia dengan air secukupnya dan sedikit minyak masak.  Tujuan mencampurkan seidkit minyak masak adalah untuk memudahkan biji cili hancur halus ketika di"blend".



Panaskan sedikit minyak masak.


Tumis bahan-bahan yang di "blend"kan tadi.


Biarkan sehingga pecah minyak atau sehingga cili betul-betul masak.


Masukkan santan dan ayam. Jangan lupa masukkan serai ketuk dan asam keping.  Perlu diingatkan asam keping hanya perlu diletakkan sekejap sahaja, takut masam sangat nanti tak sedap.  Perasakan dengan garam, gula dan sedikit lada hitam. Sesedap rasa masing-masing.


Sementara itu panaskan tempat pemanggang "steak" seperti dibawah dan letak sedikit sahaja minyak masak. Bila ayam sudah separuh masak bolehlah diletakkan di atas pemanggang tersebut seperti gambar dibawah.


Balik-balikkan ayam sambil disiram dengan kuah percik yang kita sediakan tadi.  Jangan lupa kuah percik tadi biarkan sehingga pekat sedikit.  Panggang ayam sehingga garing. Dah siap.. 

Senangkan?  Lepas ini dah tak payah pergi beli dekat pasar malam atau bazar ramadhan dah. Kalau beli seketul ayam percik harganya ialah RM6.00.  Kalau buat sendiri dijamin bersih dan tanpa Ajinomoto.


Sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas.Gerenti sedap. Selamat mencuba.